Friday, 29 April 2011

My Last Paper As Second Year Student

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...


Aku dah tak sabar nak habiskan exam untuk sem ni. Bagi aku tahun 2 teramat la tension. Setiap weekend ada fieldwork, setiap minggu ada 4 lab dan setiap minggu jugak la aku kena submit 4 report. Kalau kat matrik dulu report boleh copy and paste je, bila dah masuk u lain doe. Lecturer dah tau taktik student kot. Asal ada sama sikit nak potong markah. Kacau line betul. Aku memang dah tak sabar nak habiskan sisa-sisa tahun dua aku. Hari ni, tepat jam 8.30a.m. aku ada exam remote sensing. Sebab just 40% je final, aku pun study la last minutes, buat cukup syarat je. Tiba-tiba nebes lak. Hoho. Wish me luck okey!








p/s : Aku dah sedia untuk berperang. Agak-agak banyak tak soklan yang mati kena tembak dengan aku? Huhu

Thursday, 28 April 2011

Kosong

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...






Just wanna say i feel so empty.. Kosong...







Cantik Atau Buang Tebiat

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...

Aku baru balik dari makan nasi lemak ayam kampung dengan member-member aku kat Tasik Celaka Cempaka. Alhamdulillah kenyang, boleh tahan sedap nasi lemak kat situ cuma agak mahal la. Nasi lemak tu harga 7 hinggit tunai. Mahal kan. Nasib baik ayam dia sedap sebab aku suka sangat makan ayam. Shuke, shuke, shuke...

Lepas balik bilik, aku terus online. Buka fb layan kawan-kawan aku yang tak cukup kasih sayang jap. Tiba-tiba aku teringin nak cari benda-benda pelik and then aku jumpa gambar-gambar ni. 



Fuyooo... Lepas ni boleh la jalan 90 km/jam



Macam kaki betul kan tapi kaki aku lagi lawa la..



Yang ni pun macam betul...



Ingat Fasha Sandha je boleh pakai bikini? Kaki pun nak pakai tau ..



Yang ni macam bangang...




Siapa yang suka music, beli la kasut ni. Masuk jamban pun ada background music..



Cantik ke? Emmm...



Not bad. 2 in 1..



Kat mana ada jual selipar ni? Aku nak beli la sebab aku suka online fb. Hehe. Kalau dulu intenet di hujung jari, sekarang intenet di hujung kaki...



Adakah terlalu moden menyebabkan manusia makin bijak atau makin buang tebiat? Tepuk dada, hantuk kepala. Sekian.







Wednesday, 27 April 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...


Sejak akhir-akhir aku perasan ramai pulak kawan-kawan pompuan aku yang frust. Well, biasa la aku kan kawan yang prihatin. Hoho. Soalan yang biasa aku dengar...


Kenapa dia tak pilih aku? Aku tak cantik ke?

or

Aku asyik teringat kat dia even sekarang dia dah ada awek baru..wuwu~

or

Dia mintak clash ngan aku. Dia kate aku dah berubah. Ko rase aku berubah sangat kew? Berat badan aku naik 21kg je kot...(pehhh, patut la kene tinggal)




Girlsssss...(rolling eyes). Wake up okey! Bukan dia sorang dalam dunia ni.Yup, aku tau korang sayang giler kat dia. Konon dia lah cinta pertama, tak ada orang lain hensem macam dia, dia la yang paling shuweet and bla bla bla...




Aku kenal kan first love aku. Ye, aku tau dia hensem and sesuai dengan aku. Dia terpaksa tinggalkan aku sebab mak dia paksa kawin dengan si Jamie White. Tapi aku tau sampai sekarang dalam hati dia ada aku. I love you baby. Wuwu~




Memang tak salah kalau sedih. Korang nak nangis ke, nak tumbuk aku jerit ke, nak karok sampai pagi ke, buat la asalkan korang rasa puas. Tapi yang aku tak berapa gemar kalau nak sedih lama-lama sampai berbulan-bulan. Yang jadi mangsa kawan-kawan asyik tengok muka ketat korang tu. Nak frust tu agak-agak la yep jangan sampai kawan korang frust dengan korang lak.

Bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, monyet ukm bukan main banyak. So, just let him go. Maybe dia bukan jodoh korang (ayat standard). Memang la korang rasa dia yang paling sempurna dan tak ada siapa boleh ganti tempat dia. Tapi sure ke memang tak ada orang lain yang lagi sempurna dari dia? Nah, nampok benor nipunye. Ramai lagi jejaka-jejaka yang korang belum jumpa dan siapa tau antara ramai-ramai tu akan jadi jodoh korang. Sila buka mata, hati, otak anda luas-luas.

Apa aku nak cakap, think positive. Tengok aku ni, even first love aku kawin dengan orang lain tapi aku cool je. Hoho. Tak berbaloi korang nak bersedih lama-lama sedangkan dia belum tentu ingat kat kau. Come on girls (rolling eyes), tanpa dia pun korang boleh hidup, boleh makan, boleh beyak, boleh belajar. Apa lagi yang tak cukup? Huh? Tak cukup kasih sayang? Mak, ayah, adik, abang, kakak, tok wan, mak long, abang kedai topup, aney mapley, kawan-kawan, tak sayang korang ke? Apa? Sayang tu tak sama macam sayang kat dia? Demand la kau ni. Agak-agak sayang tu ada perisa ea..aish...




Hidup cuma sekali, so kita enjoyyy~ (bak kata Nora Danish)




p/s : Pakwe / boyfriend / balak (dan sama waktu dengannya) boleh di cari ganti, tapi kalau mak ayah kita dah tak ada, agak-agak siapa nak ganti? Hargai sebelum terlambat. Usah biarkan hidup anda di selubungi misteri kesedihan. 



Header Baru

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...


Halo, halo, halo. Selamat melarokan diri dengan blog aku. Tengok tajuk entri pun korang dah tau aku nak cakap pasal apa kan. Yup, blog aku ada header baru. Apa tu header? Header tu kepala kau kalau korang nak tau, definisi header bermaksud, emmmm. Aku pun tak tau. Haha. Korang tengok sendiri la yang kat atas tu. Lawa tak header aku? Apa? Aku lagi lawa? Awww.. (abaikan ekspresi muka aku).


Header ni aku buat sendiri guna adope photoshop paint sudah. Korang ingat senang ke nak buat header lawa macam ni? Susah der. Lama aku buat benda alah ni, 3 purnama baru siap tau. Nah, aku tipu je. Aku buat tak sampai 10 minit. Even simple, tapi sesuai la setakat nak letak kat blog mentah aku ni. Kalau ada siapa-siapa yang berminat nak tempah buat header blog kat aku, sila dail 999 (gue enggak akan bertanggungjawab kalo pak polisi cari' in lo).


.
.
.
.
.
.
.
.



Taraaaa.... Eh,eh. silap letak gambar..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Tat tara taraaa.. Yang ni baru betul header baru aku. Amacam? Lawa kan. Apa kau cakap? Macam lukisan budak sindrom down??? grrr~





p/s : Ekceli aku tak pandai guna adope photokedaishop. Hehe.

Tuesday, 26 April 2011

Lagu Spongebob Edisi Kelantan

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...






Ready dok budok-budokkk???
Ho laa, kepten!!!
Gapo dioo???
Ho laa, keptennn!!! 
ooooooooooooo...

Podio dok dale buoh lanah bowoh laut??? 
Spongebob sluar kotok!!!
Sene meresap bewarno kuning... 
Spongebob sluar kotok!!!
Kalu demo suko bendo laut hok ngarut... 
Spongebob sluar kotok!!!
Pah mari la pakat nopak supo ike... 
Spongebob sluar kotok!!!
Spongebob sluar kotok, Spongebobbb sluar kotokkkkk...




p/s : Aku bukan orang kelantan. Sumber dari kamus dewan bahasiaq dan pustakaq. Peace yaw!

Monday, 25 April 2011

Clash Dengan Rihanna

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...


Malam tadi aku tak tido sebab sibuk study (tengok movie, main game, buat blog). Aku tido pukul 6.45a.m. sebab takut terlepas sembahyang subuh. (selaro-laro aku still ingat kat tuhan). Korang ni sembahyang subuh tak pagi tadi? Takpe, aku faham korang tak bangun pagi tadi sebab malas kan. Maklumlah tahi mata sebesar kepala lutut melekat kat mata korang tu, mesti susah nak bukak mata. Kan,kan,kan. Insaflah wahai manusia.


Apa pulak kaitan tajuk entri ni dengan tahi mata? Ah sudah. Aku dah start mengarut. Damn! Kisahnya macam ni, sebab aku tido lambat aku bajet nak bangun pukul 10.00a.m. Kononya nak bangun awal sebab nak habiskan study untuk exam petang esok. Aku pun set alarm fon aku. Lagu 'Don't Stop The Music'. Ala, lagu Rihanna tu la. Siapa Rihanna? Kawan aku masa kecik-kecik dulu (sila percaya jangan percaya). Aku set lagu ni jadi lagu untuk alarm fon aku sebab bagi aku lagu ni sangat-sangat annoying, terus rasa nak campak fon turn off and bangun. 


siapa tak bangun pagi, i babab kang..grrr~



Gedebommmmmm!!! Tiba-tiba tido aku terganggu dengan bunyi seakan-akan bunyi bom nuklear. Cis, bunyi pintu bilik aku rupanya, siapa ntah yang 'sopan' sangat tutup pintu kuat-kuat pepagi buta ni. Aku pun apa lagi, terus pegi maki, sepak, pukul guna mop makcik cleaner orang yang ganggu masa hibernasi aku. Nah, aku tipu je. Aku kan budak baik. Hoho. Alang-alang dah bangun aku tengok la jam fon aku. Bila aku tengok fon aku, aku nampak ada 2 mesej. Kawan aku ajak aku main bowling. Giler ke apa nak main bowling pepagi buta ni. Aku pun ignore jela mesej tu. Then, aku tengok fon aku untuk kali kedua. Jam menunjukkan pukul 1.05p.m. waktu malaya. "Arghhh!!! Tidakkk!!! Aku benci kau Rihanna!!! I hate you!!! Sampai hati kau tak kejutkan aku bangun pagi tadi. Sebab kau, aku tak habis study."


So sebab tu lah aku terus clash dengan Rihanna. Lepas ni aku nak set alarm guna lagu lain pulak. Cukup setakat ni je dia mempermainkan aku.wuwu~