Selepas hampir sebulan aku blog walking, baru sekarang aku berani buat blog sendiri. Bukan apa, saja untuk suka-suka, isi masa yang tak berapa nak lapang ni. Lagi pun bila aku baca blog-blog otai, aku rasa best. Macam nak makan je blog diorang tu,grrr~ Nah, tipu je. Takde la best sampai tahap nak makan just rasa muncul minat nak berblog. Dulu masa aku zaman jahiliah, aku ingat blog ni macam diari. Tulis pasal bangun pagi, gosok gigi, buang ayaq besaq, buang ayaq kecik, mandi, pegi kuliah, kalo kuliah tak best ponteng, bila petang pegi dating, lepas dating gaduh, lepas gaduh nangis, lepas nangis terus nak terjun KB mall, and bla bla bla. Macam tu lah tanggapan aku pada blog. Aku tau mesti korang fikir aku ni jenis tipikal, tak berkembang, kolot, comel, sweet. Eh,eh, terima kasih puji aku. Haha.
Blog Laro. Aku pun tak tau kenapa aku namakan blog aku Blog Laro. Asalnya aku nak bagi nama blog aku Blog With No Name. Tapi tak boleh sign in sebab nama tu tak berkat kot. Aku cuba lagi nama lain, tapi tak boleh jugak. Banyak kali jugak aku cuba tapi semua nama tak berkat. Aku fikir balik, agak-agak semua nama kena reject mungkin sebab niat aku dah terpesong. Yela, konon-konon stay up sebab nak study sebab lusa aku ada paper, tapi lain pulak aku buat. Memang aku suka buat keje yang laro sejak azali lagi. Aku dah nak give up sebab aku paling menyampah pilih nama tak kisah la nak buat email ke, nak bagi nama ikan ke, and asyik kena reject. Aku dah nekad kalau kali ni tak boleh jugak, aku nak study je (actually nak sambung tengok cerita kartun). Laro betul aku ni. Tiba-tiba...Yes, aku dah tau! LARO! LARO! LARO! Dalam banyak-banyak nama, LARO jugak yang melekat. Burukkan nama blog aku tapi suka hati aku la kan nak buat nama apa pun. Siapa kutuk blog aku, aku gigit-gigit orang tu. Ada beran? Haha.
So guys out there, im a new blogger! Hope korang sudi la baca blog aku yang mentah ni, maybe lagi mentah dari getah skrub. Niat aku tak lain tak bukan, just for having fun and share some info with others. Yang buruk datang dari aku, yang baik datang dariNya. =)
saya budak comel baru
pewit!!
ReplyDeletehai awak.boleh kenal.
ReplyDeletemarbeless !!
ReplyDeletebagus2..
ReplyDeletet aku slalu singgah
bella:mamamia!!!
ReplyDeletemi2omar:singgah tu jangan lupe bawak makanan.ngeh3x