Malam tadi aku tak tido sebab sibuk study (tengok movie, main game, buat blog). Aku tido pukul 6.45a.m. sebab takut terlepas sembahyang subuh. (selaro-laro aku still ingat kat tuhan). Korang ni sembahyang subuh tak pagi tadi? Takpe, aku faham korang tak bangun pagi tadi sebab malas kan. Maklumlah tahi mata sebesar kepala lutut melekat kat mata korang tu, mesti susah nak bukak mata. Kan,kan,kan. Insaflah wahai manusia.
Apa pulak kaitan tajuk entri ni dengan tahi mata? Ah sudah. Aku dah start mengarut. Damn! Kisahnya macam ni, sebab aku tido lambat aku bajet nak bangun pukul 10.00a.m. Kononya nak bangun awal sebab nak habiskan study untuk exam petang esok. Aku pun set alarm fon aku. Lagu 'Don't Stop The Music'. Ala, lagu Rihanna tu la. Siapa Rihanna? Kawan aku masa kecik-kecik dulu (sila
siapa tak bangun pagi, i babab kang..grrr~
Gedebommmmmm!!! Tiba-tiba tido aku terganggu dengan bunyi seakan-akan bunyi bom nuklear. Cis, bunyi pintu bilik aku rupanya, siapa ntah yang 'sopan' sangat tutup pintu kuat-kuat pepagi buta ni. Aku pun apa lagi, terus pegi maki, sepak, pukul guna mop makcik cleaner orang yang ganggu masa hibernasi aku. Nah, aku tipu je. Aku kan budak baik. Hoho. Alang-alang dah bangun aku tengok la jam fon aku. Bila aku tengok fon aku, aku nampak ada 2 mesej. Kawan aku ajak aku main bowling. Giler ke apa nak main bowling pepagi buta ni. Aku pun ignore jela mesej tu. Then, aku tengok fon aku untuk kali kedua. Jam menunjukkan pukul 1.05p.m. waktu malaya. "Arghhh!!! Tidakkk!!! Aku benci kau Rihanna!!! I hate you!!! Sampai hati kau tak kejutkan aku bangun pagi tadi. Sebab kau, aku tak habis study."
So sebab tu lah aku terus clash dengan Rihanna. Lepas ni aku nak set alarm guna lagu lain pulak. Cukup setakat ni je dia mempermainkan aku.wuwu~
kau kate aku gila ajak men bowling ?? grrr !! pepagi la murah doink !!! malam mahal and ramai orang ! hampeh punya kawan .. siap kutuk aku kat blog eh ! .. haha
ReplyDeleteanom:kantoi sudah.btw,kau memang giler.mengaku jela..haha
ReplyDeleteshaddap yew !!! ahahaa
ReplyDeletebila lagi nak berblog?aku tak sabar nak serang kau punye ;)
ReplyDelete