Wednesday 27 April 2011

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...


Sejak akhir-akhir aku perasan ramai pulak kawan-kawan pompuan aku yang frust. Well, biasa la aku kan kawan yang prihatin. Hoho. Soalan yang biasa aku dengar...


Kenapa dia tak pilih aku? Aku tak cantik ke?

or

Aku asyik teringat kat dia even sekarang dia dah ada awek baru..wuwu~

or

Dia mintak clash ngan aku. Dia kate aku dah berubah. Ko rase aku berubah sangat kew? Berat badan aku naik 21kg je kot...(pehhh, patut la kene tinggal)




Girlsssss...(rolling eyes). Wake up okey! Bukan dia sorang dalam dunia ni.Yup, aku tau korang sayang giler kat dia. Konon dia lah cinta pertama, tak ada orang lain hensem macam dia, dia la yang paling shuweet and bla bla bla...




Aku kenal kan first love aku. Ye, aku tau dia hensem and sesuai dengan aku. Dia terpaksa tinggalkan aku sebab mak dia paksa kawin dengan si Jamie White. Tapi aku tau sampai sekarang dalam hati dia ada aku. I love you baby. Wuwu~




Memang tak salah kalau sedih. Korang nak nangis ke, nak tumbuk aku jerit ke, nak karok sampai pagi ke, buat la asalkan korang rasa puas. Tapi yang aku tak berapa gemar kalau nak sedih lama-lama sampai berbulan-bulan. Yang jadi mangsa kawan-kawan asyik tengok muka ketat korang tu. Nak frust tu agak-agak la yep jangan sampai kawan korang frust dengan korang lak.

Bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, monyet ukm bukan main banyak. So, just let him go. Maybe dia bukan jodoh korang (ayat standard). Memang la korang rasa dia yang paling sempurna dan tak ada siapa boleh ganti tempat dia. Tapi sure ke memang tak ada orang lain yang lagi sempurna dari dia? Nah, nampok benor nipunye. Ramai lagi jejaka-jejaka yang korang belum jumpa dan siapa tau antara ramai-ramai tu akan jadi jodoh korang. Sila buka mata, hati, otak anda luas-luas.

Apa aku nak cakap, think positive. Tengok aku ni, even first love aku kawin dengan orang lain tapi aku cool je. Hoho. Tak berbaloi korang nak bersedih lama-lama sedangkan dia belum tentu ingat kat kau. Come on girls (rolling eyes), tanpa dia pun korang boleh hidup, boleh makan, boleh beyak, boleh belajar. Apa lagi yang tak cukup? Huh? Tak cukup kasih sayang? Mak, ayah, adik, abang, kakak, tok wan, mak long, abang kedai topup, aney mapley, kawan-kawan, tak sayang korang ke? Apa? Sayang tu tak sama macam sayang kat dia? Demand la kau ni. Agak-agak sayang tu ada perisa ea..aish...




Hidup cuma sekali, so kita enjoyyy~ (bak kata Nora Danish)




p/s : Pakwe / boyfriend / balak (dan sama waktu dengannya) boleh di cari ganti, tapi kalau mak ayah kita dah tak ada, agak-agak siapa nak ganti? Hargai sebelum terlambat. Usah biarkan hidup anda di selubungi misteri kesedihan. 



5 comments: