Monday, 25 April 2011

Aku Stress!!!

Assalamualaikum and good (choose the right time when you read this blog)...


stressnya tak jadi kawin!!!



Semua orang pernah alami tekanan atau lebih dikenali sebagai stress (bahasa mat saleh,bukan bahasa pakcik saleh yang jual durian sekilo RM12 tu, mahal nak mampos!). Okey, berbalik pada tajuk entri ni, stress boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti study, duit ptptn masuk lambat, gaduh dengan pakwe/makwe, kawan hack fb, kena ngorat dengan pondan, monyet intai masa mandi, sembelit, macam-macam lagi lah. Korang fikir la sendiri. Bila kita tension, kita mesti rasa nak sepak-sepak orang yang ada depan mata kita even orang tu langsung takde kena mengena dengan kita. Ah, peduli apa. Aku stress ni!!! Korang jangan tipu korang tak penah rasa nak buat macam tu. Mengaku jela, korang ni bukan baik sangat. Kan,kan,kan? So sebelum kita sepak orang dan diorang sepak kita balik, kat sini aku bagi beberapa tips nak hilangkan stress korang tu.

1.       Makan
Biasanya perempuan suka makan banyak bila stress,aku pun tak tahu kenapa. Mungkin diorang anggap makanan tu macam musuh diorang kot then gigit-gigit makanan tu sampai jadi lumat. Cara ni ramai yang amalkan dan akibatnya, muncul pulak stress pasal benda lain. “ohemgi, i dah gemuk la u. Tasuka,tasuka,tasuka. I nak stress la macam ni!!!” erkkk, speechless.

2.       Tido
Kalau korang tak dapat control emosi korang, apa kata korang tido sekejap dalam setengah jam. Bila korang tido, secara automatik otak korang akan shut down fikir pasal masalah korang. Kalo setengah jam still tak cukup, lantak korang la nak tido berapa abad pun.

3.       Mandi
Aku suka sangat mandi!!! Damn. Aku tau korang tak tanya pun kan. Mandi boleh buat kita rasa segar dan tenang. So, lepas mandi kita akan rasa cool dan dapat berfikir dengan lebih waras dan bijaksana (ayat tak boleh blah). Selain tu mandi juga boleh menanggalkan segala daki setebal bibir angelina jolie kat badan korang tu.

4.       Main game
Tak lain tak bukan yang ni budak laki ramai yang buat kalau stress. Aku penah interview kawan laki aku and most of them layan game kalau tension sampai tak tido malam. Game yang femes yang aku tau dota, travian, tu jela kot. Haha. Aku bukan apa, aku tak minat sangat nak ambil tau pasal game ni sebab aku benci main game. Kalau aku main mesti aku yang kalah, kalau aku kalah mesti aku main. Such a big loser. Booo~

5.       Dengar lagu
Dengar jela lagu apa pun asalkan sesuai dengan jiwa korang. Kononya korang suka lagu indie, jangan pulak korang pasang lagu india. “Dey, roti canai tulur satu. Tulur kasi ori.

6.       Shopping
Bab ni aku tak sokong sangat sebab bila shopping duit aku jadi sikit, bila takde duit mula lah ikat perut, ikat mulut, kalau boleh semua benda nak ikat. Tapi tak dinafikan shopping ni best sebab kita boleh beli apa yang kita nak, kalau tak ada duit pun pegi la masuk kedai then cuba semua baju yang ada, bila dah habis baju korang cuba, blah je dari kedai tu lepas tu cari kedai lain pulak. Sambil-sambil tu, korang usya la mamat/minah hensem/cun yang lalu depan korang. Confirm tak stress. Sejuk mata memandang, sejuk lagi ayaq ais.

7.       Cari pasal dengan roomate
Yang ni aku paling suka. Bila korang stress, cara paling ‘afdhol’ nak hilangkan stress adalah dengan buat orang lain stress. Kalo tak percaya cuba la, sumpah best. Korang tau minyak angin cap kapak? Mesti tau kan, kalo tak tau memang korang ni loser tahap alien la. Kalau roomate korang tengah tido, ambil minyak cap kapak tu sapu sikit kat bawah mata roomate korang. Nak power lagi, letak 1 botol terus. Muahahaha (gelak setan). Dah letak tu apa lagi, kejutkan roomate korang kata dia dah lewat pergi kelas. Time ni la korang boleh gelak puas-puas tengok dia meraba-raba macam orang tua gatal dapat awek cun. Bila kesan minyak tu dah makin kurang, better korang lari cepat-cepat. Tinggalkan wasiat segala bagai. Bukan apa, aku takut nanti ada yang mati kena belasah.

8.       Ketawa
Apa jadahnya nak ketawa tak tentu pasal? Gila apa? Jap, maksud aku bila korang stress or marah cuba korang ingat balik benda-benda yang boleh buat korang ketawa. Contohnya, ingat balik masa besday tahun lepas kawan baik korang buat dajal tolak korang masuk dalam longkang air kumbahan belakang kolej korang. Lawak kan. Mesti korang akan ketawa. Haha. (Lawak ke, macam jijik je).

9.       Baca quran
Bila kita ada masalah, anak kucing hilang, syampu habis bila kutu dah berpesta atas kepala, fail exam, tengok cerita spongebob asyik ulang cerita yang sama, tak kira la apa pun masalah korang sebaiknya kita dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Banyakkan membaca quran sebab dengan membaca quran hati kita boleh jadi tenang dengan izinNya. Insyaallah.

Apa pun, terpulang pada citarasa masing-masing nak cari penawar untuk stress. Lain orang, lain pandangan. Kalau rasa salah abaikan, dan kalau rasa nak cuba just go on. Lastly, say no to stress!!!




1 comment:

  1. travian??
    dota?
    OMG??
    dats awesome!!
    hahahaha

    ReplyDelete